Thursday, January 27, 2011

Intipati Iman Dan Persoalan(serta Jawapan)

Basmallah walhamdalah,

Alam rasa(roh) dan alam ilmu (akal) tidaklah bersentuhan melainkan sedikit sahaja.

Rasa masin Dan pedas tidak dapat digambarkan oleh perkataan Dan minda melainkan selepas merasainya .

Sakit dan pedih adalah sesuatu yang subjektif. Ada orang membencinya tetapi
ada juga orang yang menyukainya , terutama jika ia menimpa orang lain.

Cinta itu buta (akalnya).Itu adalah kerana ianya berputik, ,berbunga dan berbuah di hati(buah hati). Ibu yang mengasihi anaknya banyak melakukan perkara yang di luar batasan akal untuk menjaga anaknya.Cinta sebagaimana iman boleh bertambah dan berkurang jika tidak dipupuk dan dibelai.


Berbalik kepada soal Iman.ia ada 5 level.

Iman taqlid : di hujung lidah , burung kakak Tua pun boleh cakap (parrot it out), monyet pun boleh buat (ape it out).

Iman ilmu : boleh berhujah secara logika
mudah dengan akal/minda.

Iman ayyan : mempunyai ilmu yang mendalam yang berakal umbi di minda.
( ulamak )

Iman haq dan haqqiqah : Iman yang bertunjang di hati/jiwa(taqwa). Yang membezakan tahu tauhid dan rasa tauhid.

Alam rohani terlalu luas Dan tidak bertepi(infiniti), termasuk alam maya, alam fantasi dan alam mimpi.Di bawah akal ada deria keenam (ulil albab) dan minda tanpa sedar (subconcious mind). Selepas itu baru bertemu alam rohani /ghaib.

Surah al Baqarah 2:1-7.

Tanpa berpijak di bumi Nya yang nyata (haq)kita akan terbuai -buai di alam mimpi(termasuk di siang hari)(batil).

Jika anda memiliki iman(haq) anda memiliki segala-galanya(tajalli), jika anda kehilangan iman(haq) anda akan kehilangan segala-galanya(fana').




.

No comments: