Monday, January 31, 2011

Erti Mengenal Diri Melalui Rasa Hati

Basmallah wal Hamdalah.

Berkata hukamak ~ ' Barangsiapa mengenal dirinya maka dia akan mengenali Tuhanya'.

Diri , nafsah atau nafsu ada 7 jenis :

1. Nafsu Ammarah (Basic needs).
KePerluan Asas seperti makan ,minum, berkelamin dan tidur (mengantuk adalah rahmat
Tuhan).

Apabila dinilai dan disalahtafsirkan oleh aqal, nafsu ini dianggap sebagai sesuatu yang
jelek jahat dan buruk.

Sebagaimana lemak/kolestrol dianggap tidak baik /membawa penyakit padahal ia amat
diperlukan badan untuk berfungsi dalam jumlah yang sedikit/berpatutan.
(Makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan...)

2. Nafsu Lawwamah (wants).
Nafsu ini juga merupakan keperluan dalam hidup seperti pakaian dan tempat tinggal,kenderaan ingin mengetahui sesuatu (curious),perlukan keamanan dan keselamatan (security ).

3.Nafsu mulhimah. (luxury)
Nafsu yang dipimpin oleh ilham untuk kelangsungan kehidupan.Ahli fikir , Penulis Pengarang
arkitek, perekacipta semuanya mendapat ilham untuk pembangunan dan kemajuan teknologi ,
Memajukan fizikal, melebarkan sempadan minda , memperkayakan budaya dan memperkasakan jiwa.

4.Nafsu Mutma'inah (conscience ).
Nafsu yang tenang dan tenteram, dek kerana tertipu (ghurur) dengan ilham yang sedikit golongan ini sentiasa rasa betul dan selamat. orang lain yang salah . Mereka adalah golongan
pilihan Tuhan dan pasti selamat, Orang lain adalah golongan merempat dan disisihkan Tuhan.
Golongan (buta Hati) ini akan mendapat kejtan yang besar di padang mahsyar nanti , melainkan mereka sedar diri....

5. Nafsu radhiah.
Nafsu yang mendapat hidayah(insight).Syarat Taqwa yang pertama ~ hidayatullah.Nafsu yang
senantiasa mencari peluang dan mengintai ruang untuk merebut redha Allah.

6.Nafsu Mardhiah.
Nafsu yang telah berjaya merebut peluang itu (assabiquuna al awwalun).Dengan senang dapat
membezakan yang mana Satu ilham minda dan gangguan iblis dan setan.Senantiasa mengajak
kepada birri dan taqwa...

7.Nafsu Kamilah.(Sempurna).
Tidak perlu kita berbicara mengenai nafsu yang tertinggi (nirvana) ini, biarlah arifbillah dan
mursyid sahaja yang berbicara (hati) mengenainya.....

Ini adalah kerana nafsu kita ini masih jauh dari sempurna....

Kembalilah........ke rahmatullah dan mardhatillah.

Amin ya rabil 'alamin.



.

No comments: