Wednesday, March 2, 2011

Sue-lay-man akhlaqein

Bismillah...

Ini adalah satu bab pada menyatakan adab-adab mengunakan talipon...

(samaada landlines, selfon ataupn hands free)

1. Siddik - benar

Awal -awal lagi perlulah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Jangan main terjah sahaja.

Perlu kenalkan diri terlebih dahulu. Saya anu bin anu dari ABC Corp. Pastikan dahulu orang

yang dihujung talian tersebut. Abuya ke Along ke Angah ker? Kalau perlu pastikan no ic betul

dan nama yang sebenar. Janganlah kita menyamar demi untuk mencari keuntungan duniawi

yang sedikit.

2. Amanah - jujur

Kena jaga butir perbincangan dengan baik. Mesej perlu difahami dengan tepat. Dan yang

terpenting jangan tokoktambah(bid'ah) atau sembunyikan mesej. Dan jangan sesekali kita

tukar ayat/mesej u/maklumat dengan harga yang rendah.(go for the highest bidder.... kn?).

3, Tabligh -sampaikan

Segala mesej/amanat/ dan akujanji perlulah disampaikan kepada anak buah. Berkata benarlah

walaupun pahit atau terkena batang hidung sendiri. Janganlah kita belot dan berpaling tadah

serta membuang mesej itu seperti tisu tandas semata mata kerana ianya kena kepada kita dan

mengugat periok nasi kita.....

4.Fatonah - bijaksana/sini

Kena bijak kalau nak gunakan tali(pun) ini.Mentang mentang ada line guna sampai nak

terbakar line tersebut. Asyik bergayut sahaja. (talk is cheap ,wait till the end of the month,

when you get the bills.)Orang lain pun brcinta juga tapi tak ler sampai mabuk macam tuh..

Lagi satu , apalah punya baghal...Semua nk talipon Abuya...lu ingat Abuya tu kuli batak lu ker..

Kalau ada kebakaran talipon ler bomba. Kalau ada kecurian talipon ler polis dan kalau ada

orang sakit talipon le ambulan. Ada akai tolong le pakai...

Jangan sesekali nak ugut, merajuk atau meninggikan suara denganNya. Hendaklah dikekalkan

sifat kehambaan senantiasa...


Sekian. Ini adalah last warning yang pertama. Jangan buat silap lagi .

Mudah- mudahan selamat sampai, Amiin...


.
.

No comments: