Wednesday, February 16, 2011

signal rohani

Bismillah...

Signal rohani adalah merupakan kelebihan (luxuries). Seperti harta yang merupakan lebihan

fizikal dan ilmu lebihan minda. Semuanya merupakan ujian nikmat.Ujian musibah ramai yang

boleh sabr tetapi ujian nikmat ramai yang kecundang dan tertipu.Jika brsyukr Allah akan

tambah lagi...

Bergantung kepada tempat ruang dan masa, signalnya berbeza.Satu, dua ,tiga, empat bar atau

penuh.Ada fungsi suara sahaja , ada boleh Tc (teleconference) , ada boleh VC (videoconference)

ada boleh SMS dan ada pula boleh SN( social networking.)

Eh macam handfon la pulak.he ..he ..he

Oleh kerana signal yang berbeda beda tidak perlulah nak berbalah. Tentulah x-ray tak sama

dengan ultrabunyi (ultrasound) atau CT scan atau MRI. Ultrasound bergantung kepada

pengendalinya (operator dependent) dan CT csan lebih detail. MRI pula lebih halus seni dan

berwarna pula serta bolehbuat potongan 3-D.

Kalau kita rasa air laut itu masin tidak lah perlu pergi berperang dan bermusuh kalau orang

lain kata ianya pahit.Kedua dua betul di alam rasa. Kita baru rasa setitik tentulah masin tetapi

kalau mereka rasa semangkuk tentulah pahit.

Akhlak adalah bunga diri. Perlu menjaga akhlak dan berlapang dada bila bermuzakarah.Ia

melambangkan berapa dangkal atau dalamnya ilmu dan pengalaman rohani kita.Bagus la tu

bunga tahi ayam pun cantik juga cuma kena duduk jauh sikit jer.

Bila Saidina Umar memberi amaran dari atas mimbar kepada sahabat bahwa ada musuh di

sebalik bukit. Itu dinamakan karomah .

Pelik sebab kita sekarang boleh melakukan benda yang sama. Itu dinamakan smartfon.

Bila jin memindahkan singgahsana Balkis dalam sekelip mata, itu dinamakan teleportion.

Teknologi ini masih diperingkat kajian dan percubaan. Nak kan bukti ? Benda belum berlaku

mana ada bukti akal lagi ?

Nak juga bukti lain ? Ada . Bacalah al Quran....dengan hati dan minda yang terbuka,

insya Allah boleh selamat..



Alhamdalah...



.

No comments: